• Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

KEPIMPINAN PALAPES

NUM INFORMATION DOCUMENT
1 SENARAI KOMANDAN Open

Misi

Melahirkan pegawai-pegawai sukarela dalam Angkatan Tentera Malaysia.

Visi

Mempersiapkan pegawai-pegawai sukarela dengan ilmu ketenteraan untuk menjadikan mereka sebagai seorang pegawai yang mempunyai keperibadian yang tinggi serta daya kepimpinan yang unggul.

Objektif

a. Melatih para pelajar UA dalam ilmu ketenteraan sebagai persediaan untuk mengukuhkan pertahanan negara dan ketahanan nasional.

b. Menyediakan sumber tenaga pegawai lepasan UA untuk Angkatan Tetap dan Angkatan Sukarela.

c. Melahirkan warga negara yang berdisiplin dan mempunyai patriotisme yang tinggi serta berkebolehan untuk memimpin.

PALAPES DARAT
a) Pegawai Kadet Junior (Peringkat 1)

Dilatih pada tahap ahli repal kelas II yang merangkumi subjek-subjek seperti kawad kaki, persenjataan, baca peta, adat-istiadat tentera darat, dan ilmu medan perang peringkat awal.

 
b) Pegawai Kadet Intermediate (Peringkat 2)

Dilatih pada tahap sebagai seorang komander seksyen yang merangkumi subjek-subjek seperti kawad kaki, persenjataan, baca peta, adat-istiadat tentera darat, kepimpinan tentera dan ilmu medan perang peringkat pertengahan.

c) Pegawai Kadet Senior (Peringkat 3)

Dilatih pada tahap sebagai seorang Ketua Platun yang merangkumi subjek-subjek seperti kawad kaki, persenjataan, baca peta, adat-istiadat tentera darat, kepimpinan tentera dan ilmu medan perang peringkat lanjutan.

PALAPES LAUT
a) Pegawai Kadet / Officer Cadet (Peringkat 1)

Didedahakn sebagai peranan seorang Pegawai Tentera laut yang meliputi asas dalam kawad kaki, renang (ikhtiar hidup), adat-istiadat tentera laut, ilmu kelautan dan ilmu pandu arah di laut.

 
b) Pegawai Kadet Kanan Junior / Junior Midshipman (Peringkat 2)

Didedahakn sebagai peranan seorang Pegawai Tentera laut yang meliputi kawad kaki , renang (ikhtiar hidup), adat-istiadat tentera laut, ilmu kelautan, kepimpinan tentera laut , ilmu taktikal peperangan di laut dan ilmu pandu arah di laut tahap pertengahan.

c) Pegawai Kadet Kanan Senior / JSenior Midshipman (Peringkat 3)

Didedahakn sebagai peranan seorang Pegawai Tentera laut yang meliputi kawad kaki dan kawad pedang, renang (ikhtiar hidup), adat-istiadat tentera laut, ilmu kelautan, kepimpinan tentera laut , ilmu taktikal peperangan di laut dan ilmu pandu arah di laut tahap lanjutan.

JENIS-JENIS LATIHAN

a) Latihan Tempatan (10 jam) - Latihan pada hujung minggu dalam setiap semester. (240 jam setahun, 2 siri dalam sebulan. 1 siri terdiri daripada hari Sabtu dan Ahad) .Lokasi latihan adalah di Markas PALAPES UM

b) Latihan Berterusan PALAPES Darat (lebih 72 jam berturut-turut) - Latihan pada cuti pertengahan semester ( 2 kali dalam setahun).Lokasi latihan di Markas PALAPES UM atau kem-kem tentera Darat yang dirancang.

c) Latihan Kem Tahunan PALAPES Darat (15 hari setahun) - Latihan diadakan pada cuti semester 2 setiap tahun. Latihan di hutan.

d) Latihan Fasa 3 dan 6 (15 hari setahun) - Latihan diadakan pada cuti semester 2 setiap tahun. Latihan di Pangkalan TLDM Lumut.

e) Latihan FOMDEX / Latihan Pelayaran PALAPES Laut (14 hari setahun) - Latihan diadakan pada cuti pertengahan semester di Markas PALAPES UM, pusat latihan TLDM dan kapal-kapal perang TLDM.

CONTACT INFORMATION

Tel : 03-79676196
Facebook: https://www.facebook.com/PUMA3465

Email: palapes@um.edu.my

Last Update: 24/06/2022