• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Pada 13 Ogos 2024 lalu, Profesor Dr. Zamri Radzi, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Malaya bersama Profesor Madya Dr. Muhamad Shakiri Mispan, Pengarah Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar (PKPP) telah berbesar hati menyantuni para pendebat Universiti Malaya di bawah Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) terdiri daripada pendebat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Sesi ini diaturkan bagi meraikan dan menghargai pencapaian dan kejayaan yang dibawa pulang daripada pertandingan debat atau pidato yang telah disertai diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. Pencapaian yang terakhir dicapai bagi tahun 2024 oleh pasukan debat adalah Naib Johan bagi Kejohanan Debat Belia Negara Edisi Ke-4 (KDBN2024). Turut dijemput dalam pertemuan tersebut adalah para jurulatih debat Universiti Malaya.

Dalam pertemuan tersebut, Profesor Dr. Zamri menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan kepada semua yang telah berusaha menyumbang bakti dalam pertandingan termasuk jurulatih dengan pengorbanan yang telah dilaksanakan termasuk menjalani latihan sebelum sesuatu pertandingan berlangsung. Dalam pertemuan tersebut juga, beliau turut menyatakan hasrat dan berkongsi pandangan bagi meneruskan kecemerlangan pasukan dalam arena pengucapan awam ini. Selain itu juga, beliau turut menyatakan sokongan dan dokongan kepada pasukan debat universiti untuk menyertai pertandingan yang mampu memberikan impak kepada pembangunan sahsiah diri pelajar. Selain itu juga, beliau turut menyatakan sokongan barisan Pengurusan Universiti Malaya kepada pasukan debat universiti dalam usaha membawa dan mengharumkan nama Universiti Malaya dalam arena pengucapan awam ini.

Highlights