• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Salam Sejahtera,

Saudara/saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Kewangan UM Jinbodhi Bursary Semester 2 Sesi 2023/2024 akan dilanjutkan sehingga 31 Mac 2024 (Ahad).

Sebagaimana yang diasaskan oleh Grandmaster JinBodhi, “JinBodhi Higher Education Bursary” telahpun dilancarkan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada PELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA TEMPATAN UNIVERSITI MALAYA BUKAN MUSLIM YANG LAYAK. Bagi permohonan yang terpilih, yuran kursus pengajian akan ditanggung sepenuhnya.


Antara syarat-syarat pemilihan adalah seperti berikut:-
1. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi daripada RM5,000.00.

2. Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman kecuali PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) 

Pelajar yang berminat sila mohon melalui google form atau QR Code yang telah disediakan. 

(https://forms.gle/x5b1D8eycuwkCJsr5)

TARIKH PERMOHONAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 MAC 2024 (AHAD).

Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw_hep@um.edu.my.

Highlights