• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

نهنّئ فريق جامعة ملايا (UM) للمناظرة باللغة العربية على فوزه بالمركز الثاني في البطولة الودّية التي أقامتها جامعة العلوم الإسلامية الماليزية (USIM).

Tahniah kepada pasukan Debat Bahasa Arab Universiti Malaya yang menjadi Naib Juara Pertandingan Debat Bahasa Arab Mawaddah 2023 anjuran Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Pertandingan ini diadakan pada 21 Januari 2023 bertempat di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM.

Pertandingan ini disertai oleh 4 universiti yang terkemuka dalam arena Debat Bahasa Arab, iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai penganjur, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Universiti Malaya (UM). Pertandingan ini khusus untuk pelajar di tahun pertama pengajian.

Pasukan UM diwakili oleh Muhammad Darwibi Idraki (Akademi Pengajian Islam), Danial Haqiem Zakaria (Fakulti Sains) dan Muhammad Hafid Abdullah (Fakulti Bahasa dan Linguistik).

Setelah memenangi semua pertandingan peringkat awal, suku akhir dan separuh akhir, pasukan UM bertemu pasukan UIAM di pertandingan akhir.

Pasukan UM terpaksa akur kepada pasukan UIAM dan berpuas hati sebagai Naib Juara. Pendebat UM Danial Hakim Zakaria dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir.

......

📸 Photos and text courtesy of Nor Hazrul Mohd Salleh

#UniversitiMalaya

#ImpactingTheWorld

#WithYouItsPossible

Highlights