• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Harini cukup bersejarah apabila Bank Rakyat telah menyerahkan Bantuan Awal Pengajian Yayasan Bank Rakyat kepada 100 penerima dari kalangan pelajar Universiti Malaya terpilih.

Majlis telah berlangsung dengan jayanya dan dihadiri oleh YBhg. Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi, Timbalan Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, YBrs. Prof. Dr. Sabri bin Musa, Timbalan Naib Canselor (HEP) serta Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya

Universiti Malaya amat menghargai sumbangan dan inisiatif Yayasan Bank Rakyat untuk membantu pelajar-pelajar UM di kalangan keluarga berpendapatan B40. Sumbangan ini diberi secara on-off sebanyak RM1000.00 seorang kepada 100 pelajar UM.

Pelajar yang ditemui mengucapkan rasa kesyukuran atas sumbangan ini dan sangat berterima kasih dengan Yayasan Bank Rakyat. "...Sumbangan kewangan ini dapat meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh kami bagi membiayai pengajian di kampus ini. Apatahlagi dengan kos hidup yang semakin tinggi..."

Turut hadir dalam majlis ini adalah Puan Rozitah Md Amin, Pengarah Eksekutif JHEP, En. Khairul Na’im Arifin, Ketua Bahagian Pentadbiran Korporat YBR serta pegawai Hal Ehwal Pelajar.

Terima kasih Yayasan Bank Rakyat!!

Highlights