• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Universiti Malaya (UM) telah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Bodhi Meditation Charity Foundation (BMCF). Hasilnya, pada 11 Disember 2023, kerjasama antara UM dan BMCF terjalin melalui Majlis Menandatangani DoD. Melalui DoD ini, BMCF akan menyalurkan bantuan sebanyak RM200,000.00 untuk membantu para pelajar bukan Islam UM dalam kalangan B40.

Yang Berusaha Encik Eng Ging Kiat, selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah BMCF menandatangani DoD mewakili BMCF, manakala Prof. Dr. Sabri bin Musa, Timbalan Naib Canselor (HEP) UM menandatangani DoD mewakili UM. 

Puan Tan Chitt Loo, Ahli Lembaga Pemegang Amanah BMCF dan Puan Rozitah Md Amin, Pengarah Eksekutif, JHEP UM menjadi saksi bagi majlis mendatangani DoD ini.

Turut hadir dalam majlis Istimewa ini ialah En Mohd Naufal Bin Omar, Pemangku Pengarah Pusat Perhubungan Alumni Dan Kemajuan Institusi (Caria), para pegawai JHEP UM juga wakil Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM).

Highlights