• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Sekalung Tahniah kepada Sdr. Mifzal Salihin atas kejayaan merangkul dua anugerah, iaitu Anugerah Tokoh Siswa (Keusahawanan) dan Anugerah Utama Tokoh Siswa Kebangsaan 2022. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam satu majlis di Putrajaya pada 20 Mac 2023 lalu.

Mifzal, 22, pelajar tahun tiga Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UM telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM3,000.00, trofi, biasiswa dan sijil kemenangan.

Beliau adalah pengasas syarikat Core Consult Resources pada November, 2019 dengan perniagaan utama Afterkelas.com yang merupakan sebuah perusahaan social edutech yang menghubungkan pelajar universiti selaku pengajar/tutor kepada pelajar sekolah dan pra-universiti untuk subjek STEM.

Semoga kejayaan ini memberikan inspirasi kepada seluruh pelajar UM bagi menceburi bidang keusahawanan sebagai pilihan kerjaya.

Highlights