Pada 10 Januari 2024, satu kunjungan hormat ke atas Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi (BHEP JPT) En. Hirman Awang telah dilaksanakan dan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhamad Shakirin Mispan, Pengarah Pusat Keusahawanan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya. Deligasi kunjungan hormat ini melibatkan semua pegawai dan kakitangan Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya (PKPP, JHEPUM).
Kehadiran deligasi kami telah disambut baik oleh Pengarah BHEP JPT bersama 2 pegawai beliau iaitu Encik Asyraf Radzwan dan Puan Nurul Aida Mohd Nordin. Sesi perjumpaan tersebut membincangkan halatuju Pemerkasaan, Pembangunan Sahsiah dan Jati Diri pelajar di Universiti Malaya agar semua program yang dirancang selari dengan hasrat dan halatuju Kementerian Pendidikan Tinggi. Adalah menjadi harapan agar semua program yang dilaksanakan memberikan nilai tambah kepada semua pelajar dalam mengasah dan mengembangkan bakat serta memperkasakan nilai-nilai kepimpinan di kalangan pelajar.
Semoga segala perancangan yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai matlamat seperti yang diharapkan.