• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Salam Sejahtera / Greetings,

Anda dijemput untuk meriahkan

Karnival Teater Universiti Malaya 2024 (KARVITER’24)

yang akan berlangsung pada 22 April - 3 Mei 2024,

jam 8:30 malam bertempat di Panggung Eksperimen, Universiti Malaya.

KARVITER’24 merupakan pertandingan teater antara kolej-kolej kediaman yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Fakulti Seni Kreatif, Kolej-kolej Kediaman, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan Harta Benda, Jabatan Teknologi Maklumat Universiti Malaya, Pusat Komunikasi Korporat, Pejabat Keselamatan dan Klinik Universiti Malaya.

Pertandingan pada tahun ini akan mengetengahkan produksi daripada 9 buah kolej kediaman di Universiti Malaya yang bakal merebut gelaran johan keseluruhan.

KARVITER’24 membawakan anda pementasan yang memaparkan pelbagai kisah yang menarik serta menyentuh hati. Jangan lepaskan peluang untuk menghayati lakonan hebat dari mahasiswa/i Universiti Malaya.

Dapatkan tiket dengan harga RM5 di kaunter tiket Panggung Eksperimen, Universiti Malaya pada setiap hari pertandingan seperti yang dijadualkan.

Maklumat pementasan boleh didapati di laman

Instagram KARVITER : @karviterum

Facebook : Karnival Teater Universiti Malaya.

Highlights