Program Karnival Rakan Muda (KARMUDA) Universiti Malaya 2024 berlangsung pad 19 dan 20 Disember 2024 di perkarangan parkir Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya. Karnival ini mengetengahkan pameran-pameran berkaitan 10 Gaya Hidup Rakan Muda dan gerai jualan yang dianjurkan oleh Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya sesi 2024/2025.
Antara 10 Gaya Hidup Rakan Muda yang dipamerkan kepada warga kampus dan orang ramai adalah :
Rakan Aktif
Rakan Bumi
Rakan Demokrasi
Rakan Digital
Rakan Ekspresi
Rakan Litar,dan
Rakan Niaga.
Pameran Rakan Bumi misalnya mempersembahkan pameran berkaitan penguatkuasaan perlindungan hidupan liar yang dibawakan oleh Jabatan PERHILITAN Malaysia. Bahan pameran seperti kasut kulit ular sawa dan haiwan-haiwan yang telah diawetkan menjadi perhatian yang menarik. Cabaran bermain permainan litar seperti jengkaut kawalan jauh menguji kemahiran pemainnya untuk mengambil dan membuang pasir dari jarak jauh.
Ini adalah apa yang disajikan di bawah Gaya Hidup Rakan Litar.
Selain daripada pameran-pameran ini, terdapat gerai-gerai jualan makanan dan minuman yang pelbagai citarasa dan menyelerakan. Selain daripada penggerai luar, penggerai-penggerai makanan dan minuman itu turut dijalankan perniagaanya oleh Badan-Badan Pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Kedah UM (PERMADAH). Sekretariat Rakan Muda Universiti Malaya juga turut mengambil bahagian dengan menyediakan platform perniagaan kepada satu Gaya Hidup Rakan Muda lagi, iaitu Rakan Niaga. Selain daripada gerai pameran dan gerai jualan, terdapat juga perkhidmatan pemeriksaan kesihatan bergerak yang dibawakan oleh Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melalui bas khasnya. Ia merangkumi pemeriksaan Indeks Jisim Badan (BMI), ujian darah dan pemeriksaan kesihatan oleh Pegawai Perubatan PPUM.
Kemeriahan KARMUDA kali ini tidak berlegar hanya di karnival pameran-pameran dan jualan-jualan semata-mata. Pada hari pertama 19 Disember 2024, di sebelah malamnya, diadakan Program Bicara Tokoh DBP. Program ini terbit daripada Gaya Hidup Rakan Ekspresi dan Rakan Digital dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ia membawakan dua panel Pakar Bahasa Melayu Kontemporari yang tidak asing lagi dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi hari ini, iaitu Cikgu Zack Kirana dan Dr. Faizul yang dibawakan khas dari MC+ Online Tuition. Program ini mengupas isu-isu semasa mengenai pemerkasaan Bahasa Melayu dan cabarannya pada masa kini serta Langkah-langkah penyelesaian yang boleh diambil bagi meneruskan pelestarian danpemartarbatan Bahasa Melayu. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Leftenan (B) Mohd Nasarizal bin Nazaruddin, Penasihat SRMUM sesi 2024/2025 yang mewakili Pengarah Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar (PKPP) Universiti Malaya.
KARMUDA diteruskan lagi untuk hari terakhir pada 20 Disember 2024.
Kami menjemput seluruh warga kampus untuk bersama memeriahkannya!!