• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

  1. PENGENALAN

Kad Prihatin Siswa adalah merupakan satu inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama-sama Universiti Awam di Malaysia dan bank RHB bagi melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, cashless campussmart campus, identiti siswa dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik kepada siswa, pengurusan universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.

Semua pelajar di bawah tajaan PTPTN adalah wajib memiliki Kad Prihatin Siswa. Ini kerana wang pinjaman PTPTN akan mulai disalurkan menggunakan akaun RHB bermula Semester 1, Sesi Akademik 2023/2024.

  1. OBJEKTIF

  1. Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad matrik pelajar IPT. 

  2. Memudahkan penyaluran peruntukan atau bantuan terus kepada akaun pelajar.

  3. Transformasi ekosistem transaksi kewangan di IPT ke arah cashless kampus.

  4. Menyeragamkan kemudahan atau fasiliti dan tawaran/ keistimewaan/ ganjaran/ promosi kepada pelajar IPT.

  1. FAEDAH

  1. Akaun Simpanan-i Pro adalah akaun khas yang diwujudkan oleh pihak bank RHB di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.

  2. Tiada caj yang dikenakan ke atas pelajar UM bagi pembukaan akaun ini dan ianya adalah secara percuma.

  3. Akaun Simpanan-i Pro akan ditamatkan selepas tidak lagi menjadi pelajar UM. Akaun tersebut akan ditukarkan ke akaun simpanan normal RHB (nombor akaun dikekalkan) dan pelajar UM perlu menggantikan Kad Prihatin Siswa (yang tidak aktif) di cawangan bank RHB yang berdekatan dengan kad debit RHB yang baharu.

  4. Tiada yuran tahunan ke atas akaun Simpanan-i Pro yang dikenakan oleh pihak bank RHB ke atas pelajar sepanjang pengajian di UM. 

  5. Memperkasa dan mempelbagaikan fungsi kad; (kad diskaun, kad matrik, kad debit, e-wallet).

  6. Transformasi ekosistem kewangan di IPT ke aras cashless campus: (pembelian di kafeteria dan lain-lain perkhidmatan dalam kampus).

                    Nota: Layari https://www.rhbgroup.com/personal/deposits/joy-at-uni/index.html bagi perincian faedah yang ditawarkan oleh pihak

                    RHB melalui inisiatif akaun Simpanan-i Pro di bawah inisiatif Kad Prihatin Siswa.

  1. LANGKAH PENGAKTIFAN KAD PRIHATIN SISWA (KPS)

Terdapat 2 kaedah untuk pengaktifan KPS iaitu seperti di Poster 1 – Proses Permohonan Baharu Kad Prihatin Siswa (KPS) dan Poster 2 – Proses Pembukaan Semula Akaun Simpanan-I Pro RHB (Selepas akaun tidak diaktifkan dalam tempoh 240 hari).

Highlights