• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Dengan bertemakan Revolusi Industri 4.0, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan pertandingan pidato sempena Festival Seni dan Bahasa peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada 18 dan19 Mei 2023.

Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) telah menghantar penyertaan bagi pertandingan pidato ini dan Universiti Malaya diwakili oleh Saudari Sufiatul Farzana binti Rashidi (pelajar tahun ke-3 Fakulti Kejuruteraan). Pertandingan pusingan saringan awal dan semi final telah dilaksanakan di Perpustakaan Tunku Aminah, UTHM. Pemidato Universiti Malaya telah berjaya melayakkan diri untuk ke pusingan akhir pertandingan. Pertandingan akhir telah dijalankan di Dewan Sultan Ibrahim UTHM dan pemidato Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai johan pertandingan.

Johan telah membawa pulang sebuah plak, sijil kemenangan dan wang tunai bernilai RM400.00.

Universiti Malaya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jurulatih, MORUM dan pemidato Universiti Malaya atas kejayaan ini.

#UMisOne

Highlights