Pada 29 November 2024 lalu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah menerima lawatan daripada pelajar sekolah SMASZA seramai 68 orang dan guru seramai 10 orang. Mereka telah tiba di UM pada pukul 10.30 pagi, dan terus dibawa ke Dewan Perdana 2 untuk slot Pengenalan UM.
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan pelajar sekolah ini dengan Universiti Malaya dan mengetahui tentang peluang pengajian di UM. Mereka juga ingin melihat kemudahan dan kehidupan di kampus.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah diwakili oleh Puan Aliaa dan menyampaikan taklimat berkaitan jabatan. Lawatan ini turut mendapat kerjasama Persatuan Mahasiswa Trengganu (PERMATA). Sesi berkaitan peluang pengajian ke UM disambung oleh En. Haziq daripada aasd_um. Pelajar menunjukkan respon yang positif dan minat untuk masuk ke UM dengan pelbagai soalan yang ditujukan kepada beliau.
Seterusnya majlis penyampaian cenderamata dilaksanakan sebagai tanda penghargaan pihak HEP kepada pihak sekolah.
Seterusnya, majlis diteruskan dengan program pelajar bersama PERMATA . Mereka dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk slot jejak siswa. Pelajar sekolah dibawa mengenali sekitar UM dengan dimulakan di Dewan Tuanku Canselor (DTC) dan di emblem UM. Pelajar sekolah dan guru mengambil peluang untuk sesi bergambar tanda kenangan. Seterusnya mereka menaiki bas untuk sesi mengenali kampus dengan pusing sekitar UM.
Alhamdulillah guru dan pelajar seronok dengan lawatan ini dan mereka mendapat pelbagai input yang berguna daripada lawatan ini. Semoga ada di antara mereka yang akan menyambung pengajian di kampus Universiti Malaya.