Assalamualaikum / Salam Sejahtera
Saudara/saudari,
2. Sukacita dimaklumkan bahawa penebusan bagi Baucar Buku Madani Fasa Kedua kepada Pelajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT) kini telah dibuka mulai 30 Oktober 2024 sehingga 31 Disember 2024 .
3. Inisiatif pemberian baucar pembelian buku bernilai RM100 kepada pelajar IPT telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (PBAKL 2024) pada 30 Mei 2024 yang lalu. Pemberian Baucar Buku Madani Fasa Kedua ini adalah di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
4. Pelajar boleh menebus baucar bernilai RM100 melalui portal MySiswaPlace yang telah dibangunkan oleh Yayasan Perkasa Siswa. Kod baucar akan dijana setelah semakan kelayakan dibuat di portal mySiswaPlace melalui pautan https://mysiswaplace.my/, bermula 30 Oktober 2024 yang lalu. Penebusan kod baucar RM100 hanya sah digunakan untuk pembelian buku di platform MySiswaPlace sahaja sehingga 31 Disember 2024 bagi pelajar yang BERSTATUS AKTIF SEHINGGA 31 MAC 2024 sahaja dan warganegara MALAYSIA .
Bersama-sama ini juga disertakan maklumat Baucar Buku untuk rujukan pelajar.
(1) Poster Baucar Buku Madani Fasa Kedua
(2) Poster Mekanisme Pelaksanaan
(3) Poster Langkah Mendaftar
(4) FAQs Pemberian Baucar Buku Madani Fasa Kedua
Untuk sebarang maklumat lanjut, saudara/saudari boleh menghubungi pihak Yayasan Perkasa Siswa di talian 03 8870 6878 / 019 2267 267.
Sekian, terima kasih.