• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo
Salam Sejahtera / السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Saudara/saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Tunggakan Yuran Bagi Semester 2 Sesi 2023/2024 kini dibuka untuk permohonan.

2. Bantuan ini adalah khas untuk membantu pelajar-pelajar Universiti Malaya (Warganegara dan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja) yang memenuhi kriteria pemilihan seperti di bawah:-

- Terbuka Kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tempatan;
- Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM5,249.00 (B40);
- Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman ATAU pinjaman yang diberikan melebihi RM4,500 satu semester dan
- Mempunyai tunggakan yuran pada semester semasa.
     
3. Jumlah bantuan adalah berdasarkan kriteria. Jika bantuan yang diterima tidak melangsaikan semua tunggakan yuran, maka pelajar perlu menyelesaikan baki tunggakan tersebut.

4. Bagi permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan bantuan ini akan dikreditkan terus ke dalam akaun maya pelajar.

5. Pelajar yang berminat sila pohon melalui pautan google form (https://forms.gle/kxq2T8J9TexqBNn56) atau imbas QR Code yang telah disediakan.

6. Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw@um.edu.my.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN INI ADALAH PADA JAM 11.55 MALAM, 15 JULAI 2024 (ISNIN)

Sekian, terima kasih.

Bahagian Kebajikan Pelajar / Student  Welfare Division

Universiti Malaya /University  Malaya

Tel: 03-7967 7750

Highlights