• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo
Salam Sejahtera / السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Saudara/saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) menawarkan beberapa jenis bantuan kepada para pelajar bagi Semester 2, Sesi 2022/2023 seperti berikut:-

1)   Bantuan Tabung Zakat Pendidikan Pelajar Universiti Malaya, Semester 2 Sesi 2022/2023 (https://forms.gle/xLpEAbNDqgRXseA16)

2)   Bantuan Sara Diri Pelajar Universiti Malaya, Semester 2 Sesi 2022/2023 (https://forms.gle/iP8UdB4VxpEHp2rA7)

3)   Bantuan Yuran Penginapan/Sewa Kediaman Pelajar Universiti Malaya, Semester 2 Sesi 2022/2023

      (https://forms.gle/y9yaB7oS8tvaLWCi8)

Bantuan ini adalah khas untuk membantu pelajar-pelajar Universiti Malaya (Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Warganegara sahaja) yang memenuhi kriteria pemilihan seperti di bawah:-

1)   Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM4,000.00;

2)   Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman ATAU pinjaman yang diberikan kurang dari RM4,000 satu semester;

3)   Bilangan adik-beradik masih belajar adalah 3 orang atau lebih dan

4)   Ibu bapa meninggal dunia/bercerai/OKU.

Pelajar yang berminat boleh memohon melalui google form yang telah disediakan.

Bagi permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN INI ADALAH PADA 11.55 MALAM, 23 JUN 2023.

Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw@um.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Highlights