Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Warga Kampus yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Sara Diri Pelajar Universiti Malaya Semester 1 Sesi 2024/2025 kini dibuka untuk permohonan.
Antara syarat-syarat pemilihan adalah seperti berikut:-
1. Terbuka kepada Pelajar Universiti Malaya (Warganegara dan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja).
2. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM5,249.
3. Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman yang kurang dari RM4,500 satu semester.
Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan melalui Google Form yang disediakan: https://forms.gle/
Tarikh permohonan adalah pada 6 Disember 2024 Jam 8:00 Pagi sehingga 24 Disember 2024 Jam 11:59 Malam.
Sekiranya pelajar mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw_hep@um.edu.my.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Kebajikan Pelajar / Student Welfare Division
Universiti Malaya /University Malaya