• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo
Assalamualaikum wbt & Salam Sejahtera,
 
Warga Kampus yang dihormati,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Sara Diri Pelajar Universiti Malaya, Semester 2 Sesi 2023/2024 kini dibuka untuk permohonan.

Antara syarat-syarat pemilihan adalah seperti berikut:-

1. Terbuka kepada Pelajar Universiti Malaya (Warganegara dan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja).
2. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM5,249 .
3. Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman yang kurang dari RM4,500 satu semester .

Pelajar yang berminat boleh memohon melalui Google Form yang disediakan
https://forms.gle/e7RyxHNUrzt7zedT8
 
Tarikh permohonan adalah pada 6 Mei sehingga 15 Mei 2024 jam 11:55 p.m.

Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw_hep@um.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Highlights