• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Assalamualaikum / Salam Sejahtera
 

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Khas Yayasan Al-Musta'an kepada Pelajar Muslim Asnaf dari kalangan Anak Yatim kini dibuka untuk permohonan.
 
Permohonan bantuan ini adalah khas untuk membantu pelajar-pelajar Universiti Malaya (pelajar muslim asnaf ijazah sarjana muda Universiti Malaya) yang memenuhi kriteria pemilihan seperti di bawah:-

1. Terbuka kepada semua pelajar muslim asnaf Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya semester 4 ke bawah sahaja.

2. Pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga kurang RM 4,000.00 sebulan.

3. Pelajar tidak menerima sebarang biasiswa atau bantuan pinjaman ATAU pinjaman lebih RM4,000 satu semester.

4. Pelajar berstatus yatim/yatim piatu.

5. Adik-beradik yang masih belajar melebihi 3 orang.

Pelajar yang berminat boleh memohon melalui pautan shorturl.at/beDLR.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN INI ADALAH PADA 11.55 MALAM, 5 APRIL 2023 (RABU).


Bagi permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email. 

Sekiranya pelajar mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi Seksyen Kebajikan Pelajar di talian 03-7967 7750 atau e-melkan ke srw_hep@um.edu.my

Sekian, terima kasih.

Highlights