• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Salam Sejahtera / السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Warga Kampus yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Awal Pengajian (BAP) 2023 Yayasan Bank Rakyat kini dibuka untuk permohonan.

Permohonan ini khas untuk membantu pelajar-pelajar Universiti Malaya (Warganegara dan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja) yang memenuhi kriteria pemilihan seperti berikut:-

1. Terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya Tahun 1 sahaja (Kemasukan Sesi 2023/2024)

2. Pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga kurang RM3,000.00 sebulan

3. Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman ATAU pinjaman yang diberikan kurang dari RM4,000 satu semester

Pelajar yang berminat sila pohon melalui google form yang telah disediakan. https://forms.gle/aefVG4nCsRieADBh9

Tarikh permohonan ini akan ditutup pada 22 Oktober 2023 jam 11:55 p.m.

Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw@um.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Highlights