• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Universiti Malaya telah mendapat tempat pertama dalam program MALAM BUANA WANGSA SEMPENA KEMBARA SUJANALOKA anjuran Pusat Kajian Bahasa dan Linguistik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Majlis ini telah berlangsung dengan penuh gemilang pada 5 Jun 2024 bertempat di Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia. Universiti Malaya telah diwakili pelajar Muhammad Suffian Bin Khirham (Fakulti Sains) dan Farannisha Shazwany Binti Mohd Faizul (Fakulti Muzik). Gandingan vokal yang mantap dan kreatif, Mereka mengalunkan lagu Gurindam Jiwa dengan kelainan tersendiri dan mengasyikkan. Persembahan mereka berjaya memukau barisan juri serta menerima sorakan hangat dari para penonton Panggung Seni Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini disertai oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia. Universiti Malaya menang bergaya pada malam ini dengan merangkul semua anugerah yang dipertandingkan. Suffian dan Rannisha berjaya membawa pulang hadiah trofi pemenang tempat pertama, Anugerah Vokal Terbaik dan Anugerah Persembahan Terbaik di samping wang tunai RM500.

YBrs. Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (HEP) dan seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar mengucapkan tahniah atas kejayaan ini. Universiti Malaya secara keseluruhannya amat bangga dengan pencapaian ini. Syabas!!

Highlights