• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

18 November 2024 – Pasukan Debat Universiti Malaya dibawah Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) telah membuktikan kecemerlangan setelah berjaya merangkul kejuaraan dipentas yang sangat berprestij ini. Penganjuran Debat Diraja Antara IPT Tahun 2024 ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh Pasukan Debat setelah berjaya merangkul Johan bagi kategori Bahasa Inggeris dan pendebat Universiti Malaya Saudara Kuhan Karttikeyn telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir di pentas akhir pertandingan. Bagi kategori Bahasa Arab pula, Pasukan Debat Bahasa Arab telah berjaya merangkul Naib Johan bagi kategori tersebut. Selain itu juga, 2 lagi pasukan Universiti Malaya masing-masing daripada kategori Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab telah berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir pertandingan. Majlis perasmian dan penyerahan hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir di Arena Gemilang DeTAR PUTRA, Universiti Malaysia Sarawak.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan universiti kerana 4 daripada 5 pasukan universiti yang bertanding telah mara ke pusingan separuh akhir. Pujian seharusnya diberikan kepada semua pasukan universiti yang telah berusaha keras untuk menyumbang kepada pencapaian ini termasuk kepada barisan jurulatih dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya atas usaha penyertaan ini. Barisan pendebat universiti yang terlibat dalam pertandingan ini seperti berikut:

Pendebat Bahasa Inggeris

  1. Kuhan Kartikeyn, Fakulti Undang-Undang
  2. Raymond Kimura, Fakulti Undang-Undang
  3. Kavisshnu A/L Nadarajah, Fakulti Bahasa dan Linguistik
  4. Tanish Rajah, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
  5. Mior Arif Bin Mohd Farid, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
  6. Thivagar A/L Thullasi Nathan, Fakulti Undang-Undang
  7. Vigneshwaran A/L Sundrasagar, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi
  8. Chloe Fu Kar Yan, Fakulti Undang-Undang

Pendebat Bahasa Arab

  1. Danial Haqiem Zakaria, Fakulti Sains
  2. Muhammad Farhan Abdul Halem, Fakulti Bahasa dan Linguistik
  3. Balqis Batrisyia Marwan, Fakulti Bahasa dan Linguistik
  4. Aleya Sofea Azizulmalik, Pusat Asasi Sains
  5. Norsuhaida Mohad Suhaimey, Fakulti Bahasa dan Linguistik
  6. Nurul Hanis Ghazali, Akademi Pengajian Islam
  7. Ahmad Shafiq Sari, Akademi Pengajian Islam
  8. Muhammad Afif Fakhri Mohd Sanusi Badilah, Akademi Pengajian Islam

Pendebat Bahasa Melayu

  1. Ali Hydar Hafizi, Fakulti Perubatan
  2. Aiesya Salsabila Mohd Radzuan, Fakulti Kejuruteraan
  3. Khairul Nur Ayuni Rodzan Khairull, Fakulti Sains
  4. Azhad Hafiz Md Razip Han, Fakulti Sastera & Sains Sosial

Syabas dan penghargaan kepada semua yang terlibat.

Highlights