• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

SYABAS & TAHNIAH!!

YBrs. Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (HEP) dan seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaya mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada semua penerima Anugerah Seni MAKUM 2022/2023 yang telah berlangsung pada 5 Jun 2024 di Panggung Percubaan, Pusat Kebudayaan & Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Anugerah Seni MAKUM merupakan sebuah majlis penganugerahan secara berkala anjuran Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Acara ini merupakan satu acara kemuncak tahunan bagi menghargai usaha dan jasa bakti kepada penyumbang-penyumbang seni yang melibatkan semua Universiti Awam di Malaysia. Pada kali ini, Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, YBhg. Profesor Dr Azlinda Azman, Naib Canselor UPM, Dato' Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah serta Timbalan-timbalan Naib Canselor HEP Universiti Awam.

Berikut merupakan senarai anugerah yang telah dipertandingankan serta keputusannya:

i) ANUGERAH BONANG EMAS MAKUM (KATEGORI PEREMPUAN)

Penerima: Saudari Nurhanizah Mohd Sedik (UM)

Dianugerahkan kepada mahasiswa/i yang paling aktif menyertai aktiviti anjuran MAKUM serta aktiviti kebudayaan yang lain. Tokoh Budaya Kategori Wanita telah dinobatkan kepada Saudari Nurhanizah Mohd Sedik pelajar Luar Kampus dari Jabatan Tari, Fakulti Seni Kreatif. Beliau telah berjaya mendapat merit yang tinggi dengan menyertai aktiviti-aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

ii) ANUGERAH BONANG EMAS MAKUM (KATEGORI LELAKI)

Calon 5 Terbaik: Saudara Muhammad Suffian Khirham (UM)

Dianugerahkan kepada mahasiswa/i yang paling aktif menyertai aktiviti anjuran MAKUM serta aktiviti kebudayaan yang lain. Saudara Muhammad Suffian Khirham merupakan antara 5 calon Tokoh Budaya Kategori Lelaki yang terbaik. Beliau yang merupakan warga iaitu Kolej Kedaman Kedua Belas pelajar dari Fakulti Sains yang berjaya mengumpul merit yang tinggi dengan menyertai aktiviti-aktiviti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

iii) ANUGERAH GAMBANG MUSTIKA MAKUM

Dianugerahkan kepada sebuah kumpulan, badan-badan kebudayaan, kelab atau persatuan terbaik yang dipilih dari setiap Universiti Awam (UA). Kumpulan KESUMA UM telah dicalonkan untuk mewakili Universiti Malaya bagi kategori ini. Kumpulan ini telah diketuai oleh Saudari Nurhanizah Mohd Sedik pelajar Luar Kampus dari Jabatan Tari, Fakulti Seni Kreatif. Kumpulan ini telah diselia oleh Encik Mohd Hairil Anuar Bari, Pegawai Kebudayaan, Fakulti Seni Kreatif.

iv) ANUGERAH GONG KENCANA MAKUM

Tempat Keenam Terbaik : UNIVERSITI MALAYA

Dianugerahkan kepada Universiti Awam (UA) yang paling menonjol dalam menyertai pertandingan dan program-program yang dipertandingkan oleh MAKUM. Pada sesi ini Universiti Malaya telah mendapat tempat Ke-enam (6) Terbaik Keseluruhan.

v) ANUGERAH PENGHARGAAN GENDANG SARI MAKUM

Penerima : Pn. Barirah Md Husin, (UM)

Dianugerah kepada setiap Pegawai MAKUM yang gigih meningkatkan mutu kecemerlangan MAKUM melalui sumbangan aktif dalam penganjuran dan penyelarasan semua aktiviti MAKUM ke arah memartabatkan warisan budaya bangsa. Anugerah ini telah diterima oleh Pn. Barirah Md Husin, selaku Pegawai Tetap MAKUM Universiti Malaya.

Semoga kemenangan ini menjadi pemangkin kepada aktiviti kesenian di UM untuk terus aktif di peringkat universiti, kebangsaan, dan antarabangsa.

Highlights