• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

YBrs. Prof. Dr. Zamri Radzi telah meluangkan masa menziarahi pelajar Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Saudara Hulaif Hilmi Bin Hanizam yang berada di wad 9U pada jam lebih kurang 6.00 petang hari ini. Rakan-rakan Hulaif turut juga menziarahi beliau.

Untuk makluman pada 1/7/2024, Saudara Hulaif menaiki motosikal (sedang membuat penghantaran Grabfood) telah dilanggar oleh sebuah kereta. Tulang betis beliau telah patah dan kini beliau sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pembedahan dijadualkan pada hari Jumaat ini.

Dalam kesempatan tersebut, Prof. Dr. Zamri telah menyampaikan kata-kata semangat kepada Saudara Hulaif dan nasihat kepada semua pelajar agar sentiasa berhati-hati ketika memandu dan menunggang motorsikal serta menghubungi pihak HEP jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. YBrs. Prof. turut mendoakan agar kesihatan beliau akan segera pulih.

Highlights