• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Pada 15 Januari 2024, Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengagihkan bantuan komputer riba kepada seramai 39 penerima dari kalangan pelajar asnaf yang terpilih. Majlis penyampaian disempurnakan oleh YBrs. Prof. Dr. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (HEP) dan dihadiri oleh Pengurusan JHEP termasuk Pengarah Pusat Keusahawanan & Pembangunan Pelajar, Pengetua Kolej Kediaman Kelapan , Koordinator Seksyen Kebajikan Pelajar dan urusetia majlis.

Menurut Ustaz Mizra Hilmi Abu Bakar, Koordinator, Seksyen Kebajikan Pelajar, “… inisiatif ini adalah bertujuan membantu pelajar untuk memiliki komputer riba bagi pembelajaran di kampus. Tidak semua pelajar berkemampuan memiliki komputer riba sedangkan ia menjadi keperluan bagi menyiapkan tugasan akademik dan urusan yang lain. Semoga usaha kami yang kecil ini meringankan beban pelajar dan keluarga mereka...” ujarnya dengan rasa puas hati.

Menurut seorang penerima Sdr. Ungku Muhammad Fathul Nuaim, “…bantuan komputer riba ini sangat dihargai kerana sebelum ini hanya belajar menggunakan telefon bimbit sahaja. Terima kasih atas usaha HEP ini kerana dapat membantu pembelajaran saya dan semoga usaha ini diteruskan” ujarnya dengan rasa syukur dan ceria.

“….Komputer riba ini sangat diperlukan oleh pelajar khususnya bagi menyiapkan tugasan akademik seperti penulisan novel, cerpen, puisi dan pembentangan. Saya meminjam komputer riba abang saya atau kawan untuk menyelesaikan tugasan akademik…” ujar Ahmad Arif Afiq, yang mengambil bidang kesusasteraan Melayu.

Kesemua penerima bantuan merakamkan penghargaan kepada pihak HEP atas usaha ini dan mengharapkan bantuan seperti ini diteruskan pada masa hadapan. JHEP melalui Seksyen Kebajikan Pelajar sentiasa berusaha membantu pelajar yang memerlukan kerana aspek kebajikan pelajar sentiasa dititikberatkan dan diberi keutamaan. Kami sentiasa berusaha mendapatkan penajaan dan sumbangan daripada syarikat dan penyumbang individu dari luar dan dalam Universiti untuk disampaikan kepada pelajar yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif dan produk kebajikan.

Pihak yang berminat bekerjasama dan menyumbang bagi tujuan kebajikan pelajar boleh menghubungi Seksyen Kebajikan Pelajar di talian 03-7967 7750 atau alamat email : srw_hep@um.edu.my.

Highlights