• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

15 Januari 2024 – Satu pertandingan akhir debat yang berprestij iaitu Pertandingan Debat Kepenggunaan Antara Institusi Pengajian Tinggi Piala Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup 2024 telah berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Multimedia, Cyberjaya. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup. Pertandingan akhir tersebut telah menemukan 4 pasukan yang terdiri daripada pasukan Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Universiti Multimedia (MMU). Semua pasukan yang bertanding telah memberikan komitmen dan saingan yang baik sepanjang sesi perdebatan berlangsung.

Pasukan Debat Universiti Malaya telah mencatatkan kejayaan pembuka tahun 2024 setelah dinobatkan sebagai Naib Johan Pertandingan Debat Kepenggunaan Antara Institusi Pengajian Tinggi Piala Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup 2024. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Menteri kepada semua pasukan.

Bagi pihak Pengurusan Universiti Malaya dan warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar UM, saya ingin merakamkan penghargaan dan setinggi tahniah kepada pasukan Universiti Malaya yang terlibat kerana membawa satu kejayaan kepada Universiti. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat kepada semua pelajar bagi tahun 2024 ini.

Highlights