• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Untuk makluman, Pusat Keusahawanan dan Pembangunan Pelajar (PKPP) sedang mengadakan Kursus Pecutan Perniagaan (Fasa 1) bermula pada 8 Disember 2023 hingga 7 Januari 2024. Siri 1 diadakan pada 8 hingga 9 Disember 2023, siri 2 pula diadakan pada 15 hingga 16 Disember 2023 dan siri 3 telah diadakan pada 5 hingga 7 Januari 2024. Kursus ini telah disertai oleh seramai 45 orang pelajar.

Kursus ini diadakan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan serta kemahiran dalam bidang pengurusan perniagaan kepada para peserta.

Antara objektif program ini ialah:-

1. Membangunkan satu modul Program Perantisan Startup dan turut memasukkan slot sesi tuntas kumpulan (group pitching).

2. ⁠Menetapkan kriteria pemimpin start-up atau Perusahaan Kecil & Sederhana (SME) berasaskan teknologi dan inovasi untuk dipilih sebagai mentor kepada perantis.

3. ⁠Menetapkan kriteria pemilihan pelajar sebagai perantis.

Para peserta mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang amat berguna sepanjang program berlangsung khususnya ilmu berkaitan keusahawanan. Mereka berharap program seperti ini diteruskan lagi kerana ia membuka minda dan menanam minat kepada pelajar dalam bidang ini.

Syabas PKPP!!

Highlights