• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Dengan rasa rendah diri, Pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan seluruh warga kerja HEP merakamkan ucapan Setinggi Penghargaan dan Terima Kasih kepada YBrs. Prof. Dr. Sabri Musa, Mantan Timbalan Naib Canselor (HEP) atas khidmat bakti penuh berdedikasi dan jasa perkhidmatan yang cemerlang di portfolio Timbalan Naib Canselor (HEP).

Seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar amat menghargai kepimpinan YBrs. Prof. Dr Sabri Musa dalam usaha membawa pembaharuan dalam pengurusan di HEP dan usaha menjaga kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa keseluruhannya.

Terima kasih.

Kuning emas masaknya padi,

Mawar merah dalam jambangan,

Terima kasih daun keladi,

Budi tuan jadi kenangan.

Pohon sirih pohon selasih,

Tumbuh merimbun di hujung laman,

Kalungan budi junjungan kasih,

menjadi kenangan sepanjang zaman.

Highlights