• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Tahniah diucapkan kepada 2 mahasiswa UM iaitu Sdr. Ahmad Faiz Yazid dan Sdr. Aliff Imran Nor Azham yang terpilih sebagai peserta Misi Sukarelawan Siswa YSS Green Summer Volunteer Campaign (GSVC) Vietnam 2022. Sedikit penerangan mengenai misi ini seperti berikut:

YSS mengadakan misi ke luar negara sejak tahun 2012 dan misi dalam negara pada tahun 2013. Misi Sukarelawan Siswa YSS bermatlamat untuk melahirkan pemimpin sukarelawan siswa di pentas global dan menjadikan Malaysia sebagai hab sukarelawan siswa.

Misi tersebut dilaksanakan menerusi konsep “immersion” dimana sukarelawan siswa akan tinggal bersama komuniti tempatan dan melaksanakan kerja sukarelawan mengikut bidang pengajian masing-masing berteraskan “right volunteers for the right job”.

Sukarelawan siswa dipilih menerusi proses temuduga yang dilakukan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah/ Pengarah YSS. Calon yang diberi keutamaan ialah mereka yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan mereka yang mempunyai semangat sukarelawan yang tinggi serta aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web YSS melalui pautan https://sukarelawansiswa.my/misisukarelawansiswa/.

#UMisOne

#ServingTheNation

#ImpactingTheWorld

Highlights