• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Dengan bertemakan Mahasiswa Belia Nadi Negara Perkasa, Sekretariat Akademik dan Sahsiah Majlis Perwakilan Kolej Kolej Tan Sri Aishah Ghani sesi 2022/ 2023 telah menganjurkan Pertandingan Debat Belia antara Institusi Pengajian Tinggi (Delia 2023) bertempat di Kolej Tan Sri Aishah Ghani, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 17 hingga 19 Mac 2023. Pertandingan ini menyaksikan 26 pasukan dari seluruh IPT di Malaysia mengambil bahagian dan Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) telah menghantar dua pasukan iaitu terdiri daripada UM A dan UM B.

Pasukan UM A telah berjaya mara sehingga ke pusingan suku akhir dan terpaksa akur kepada kekalahan menentang UPNM Kasturi. Pasukan UM A diwakili oleh:

  1. Ainah Binti Asman (Fakulti Perubatan)
  2. Azhad Hafiz Bin Md Razip Han (Fakulti Sastera dan Sains Sosial)
  3. Muhammad Shah Iqbal Bin Mohd Shahrol Nizam (Fakulti Perubatan)
  4. Muhammad Afiq Iskandar Bin Mohd Hisham (Fakulti Perniagaan dan Ekonomi)

Manakala pasukan UM B telah berjaya menempatkan diri ke pentas akhir dan muncul seabagai Naib Juara pertandingan. Pasukan UM B diwakili oleh:

  1. Khairul Nur Ayuni Binti Rodzan (Fakulti Sains)
  2.  Ali Hydar Bin Hafizi (Fakulti Perubatan)
  3. Muhammad Ammar Akrimi Bin Azman (Fakulti Undang-undang)
  4. Maisarah Nadhirah binti Mohamed Nawawi (Fakulti Sains)

Pentas akhir menyaksikan UM B selaku pembangkang dipertemukan dengan pasukan debat Mahallah Sumayyah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selaku kerajaan dengan usul ‘Dewan Ini Mencadangkan Wakil Mahasiswa Perlu Dilantik Sebagai Ahli Dewan Negara.’

Pasukan UM B yang dinobatkan sebagai Naib Juara bagi pertandingan ini telah membawa pulang wang tunai sebanyak RM700.00 beserta plak dan sijil.

Highlights