Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Berita baik! Khas buat calon pelajar warganegara yang berkelayakan serta memenuhi syarat kemasukan tetapi anda terlepas peluang untuk mendapatkan tawaran penempatan di Universiti Malaya. Ini adalah peluang keemasan anda untuk membuat permohonan kemasukan bagi program Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik Malaysia!
Terdapat beberapa buah program Ijazah Sarjana Muda yang dibuka bagi sepanjang tempoh permohonan rayuan. Jadi tunggu apa lagi?! Jangan lepaskan peluang ini dan hantar permohonan anda segera menerusi portal rasmi https://upu.mohe.gov.my
Untuk maklumat lanjut berhubung syarat kemasukan, yuran pengajian, tatacara pendaftaran dan lain – lain maklumat berkaitan, anda boleh layari laman sesawang rasmi kami di https://study.um.edu.my
#studyunimalaya
#studyatum