• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan baharu PerantiSiswa Keluarga Malaysia Fasa 2 telah dibuka bermula 1 Ogos 2022 sehingga 30 September 2022

3.       PerantiSiswa Keluarga Malaysia merupakan inisiatif kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Inisiatif ini memberi manfaat peranti tablet kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi iaitu Universiti Awam (UA), Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti.

4.      Mahasiswa Universiti Malaya (UM) bolehlah memohon peranti tablet tersebut melalui https://perantisiswa.kkmm.gov.my/.  Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Puan Azlina binti Mahmud, Bahagian Mahasiswa Holistik, Kementerian Pengajian Tinggi di talian 03-8870 6405 atau emel azlina.mahmud@mohe.gov.my.

5.        Bersama-sama ini dilampirkan poster permohonan, terma dan syarat permohonan PerantiSiswa untuk rujukan mahasiswa UM.

Sekian.

Highlights