• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Warga Mahasiswa/i Universiti Malaya yang dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memperkenalkan penggunaan Kad Prihatin Siswa yang berfungsi sebagai Kad Matrik pelbagai fungsi bagi tujuan cashless campus, penyaluran peruntukan atau bantuan kewangan secara terus ke akaun pelajar dan bagi mewujudkan sebuah ekosistem kewangan yang lebih baik kepada mahasiswa, Universiti, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan KPT.
Selaras dengan pelaksanaan Kad Prihatin Siswa di semua Universiti Awam, semua mahasiswa diminta untuk memberikan persetujuan bagi pembukaan akaun RHB Bank yang akan menjadi bank induk Kad Prihatin Siswa ini.  Pemberian persetujuan (consent) boleh dilakukan melalui portal pelajar (MAYA) mulai 1 - 10 Julai 2022.
Untuk makluman:

  1. Pembukaan akaun RHB Bank adalah percuma untuk semua kategori pelajar Universiti Malaya;
  2. Penerima bantuan PTPTN dan bantuan kewangan kerajaan yang lain WAJIB membuka akaun bank RHB;
  3. KPS ini akan menggantikan kad matrik yang sedia ada; dan
  4. Bagi pelajar pelajar yang tidak memberikan persetujuan, KPS hanya akan bertindak sebagai kad matrik sahaja.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai berikut:

  1. Pn. Norli Abu Chek (AASC): 03-79673461
Sekian, terima kasih.
.....................................................................................
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Dear Student,

We are pleased to inform that the Ministry of Higher Education (KPT) has introduced the use of Kad Prihatin Siswa (KPS), which serves as a multi - functional matric card which can be used for cashless campus-related transactions, fund allocations or financial assistance transferred directly to student accounts, as well as to create a better financial ecosystem for students, the University, the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) and the Ministry of Higher Education (KPT).

In line with the implementation of the Kad Prihatin Siswa in all public universities, all students are required to give their consent for the opening of an RHB Bank account which will be the main bank for the Kad Prihatin Siswa. To give consent, students can do so by accessing the UM student portal (MAYA) from 1 - 10 July 2022:

Kindly take note of the information below:

  1. Opening an RHB Bank account is free for all University of Malaya students;
  2. Recipients of PTPTN assistance and other government financial assistances MUST open an RHB bank account;;
  3. The KPS will replace the existing matric card; and
  4. For students who do not give their consent, the KPS will only function as a matric card.

 If you have any further questions can contact the following officers:

  1. Madam Norli Abu Chek (AASC): 03-79673461
Thank you.

Highlights