• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saudara/i,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sepertimana saudara/i sedia maklum, pelaksanaan inisiatif Kad Prihatin Siswa ini bermatlamat untuk memperkasakan mahasiswa menerusi penghasilan kad matrik pelajar yang akan turut berfungsi sebagai kad debit.  Bagi tujuan penggunaan kad ini, ianya perlu diaktifkan terlebih dahulu.  Berikut proses pengaktifan akaun:

Langkah 1 

Selepas kad diambil di fakulti masing-masing, proses pengaktifan perlu dilakukan di mana-mana cawangan RHB di seluruh negara.

Langkah 2

Tunggu notifikasi secara SMS dan e-mel daripada pihak RHB bank yang menyatakan akaun Simpanan Pro-I telah berjaya dibuka.

Langkah 3

Pelajar dikehendaki membawa bersama Kad Pengenalan (NRIC)/Passport Asal dan Kad Prihatin Siswa untuk proses pengaktifan akaun dan kad di mana-mana cawangan RHB di seluruh negara

Kepada penerima PTPTN, anda dinasihatkan untuk membuat pengaktifan dengan segera. 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Highlights