• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo
Salam Sejahtera
Saudara/Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Tabung Zakat Pendidikan Pelajar Universiti Malaya dan Bantuan Sara Diri Pelajar Universiti Malaya Semester 2 Sesi 2023/2024 akan dilanjutkan dari 20 Mei 2024 (Isnin) sehingga 23 Mei 2024 (Khamis) jam 12.30 tengah hari.

Berikut merupakan syarat-syarat pemilihan bantuan:-

(1) BANTUAN TABUNG ZAKAT PENDIDIKAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA, SEMESTER 2 SESI 2023/2024

1. Terbuka kepada Pelajar Universiti Malaya Beragama Islam (Warganegara dan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja).

2. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM5,249.

3. Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman yang kurang dari RM4,500 satu semester.

4. Bilangan adik-beradik masih belajar adalah 3 orang atau lebih.

Pautan Google form

https://forms.gle/XeQA3iVRFJHJ3Cti7

(2) BANTUAN SARA DIRI PELAJAR UNIVERSITI MALAYA, SEMESTER 2 SESI 2023/2024

1. Terbuka kepada Pelajar Universiti Malaya (Warganegara dan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja).

2. Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM5,249.

3. Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman yang kurang dari RM4,500 satu semester.

Pautan Google form

https://forms.gle/SxBYnpXGmQ2prSgy5

TARIKH PERMOHONAN DILANJUTKAN SEHINGGA 23 MEI 2024 (KHAMIS) JAM 12.30 TENGAH HARI.

Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw_hep@um.edu.my.

Highlights