Lawatan ke program DEFENCE SERVICES ASIA 2022 (DSA 2022) DAN NATIONAL SECURITY ASIA 2022 (NATSEC ASIA 2022) merupakan pameran Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) dari 28-31 Mac 2022. DSA 2022 mengetengahkan kelengkapan canggih bagi peperangan elektronik di darat, udara, laut, domain siber, perlindungan sempadan, pengenalan warganegara, teknologi kecerdasan buatan (AI), produk dan teknologi penjagaan kesihatan medan perang, sistem latihan & simulasi, peranti polis dan keselamatan tanah air serta sistem perlindungan aset kritikal
Tujuan lawatan kepada peserta adalah untuk mengenali teknologi Ketenteraan, Keselamatan Negara untuk Asia, yang meliputi Penguatkuasaan Undang-undang, Keselamatan Dalam Negeri dan Kawalan Sempadan.