• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Pada 8 Julai 2024, telah berlangsung Majlis Serah Terima Tugas bagi Komandan KOR Suksis Universiti Malaya, ACP/KS Prof. Dr. Sabri Musa, yang menamatkan perkhidmatan beliau. Beliau mula dilantik sebagai Komandan KOR Suksis Universiti Malaya pada 17 Ogos 2022 dan telah memberikan sumbangan besar sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pegawai Kehormat, DSP/KS Mohd Hairolnezam bin Khamis dan ASP/KS Rozaini bin Abdul Rahim, yang hadir untuk memberi penghormatan kepada Prof. Dr. Sabri Musa.

Terima kasih diucapkan kepada YBrs. Prof. Dr. Sabri Musa atas segala jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan. Semoga terus maju jaya.

Highlights