• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Universiti Malaya mengiktiraf dan mengangkat aktiviti mahasiswa melalui penganjuran MAJLIS ANUGERAH PERDANA SISWA 2023. Majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar ini telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 Disember lalu di Pearl Hotel Kuala Lumpur. Sebanyak 16 Anugerah telah dipertandingkan dan kesemua pemenang telah diumumkan pada malam tersebut.

Anugerah ini membuktikan bahawa Universiti Malaya mengiktiraf aktiviti mahasiswa dalam pelbagai bidang sama ada kesukarelawanan, kepimpinan, kemasyarakatan, sukan, kesenian, keusahawanan, akademik dan kerohanian. “…Kami percaya aktiviti yang dilaksanakan oleh mahasiswa melalui badan pelajar berdaftar, JTK Kolej Kediaman dan fakulti dapat membentuk sahsiah dan kepimpinan mahasiswa. Banyak elemen kemahiran insaniah dibentuk melalui keterlibatan mahasiswa dalam aktiviti. Setiap penganjuran aktiviti memerlukan perancangan yang rapi, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, proses membuat keputusan, proses menganalisa cabaran, masalah dan cara penyelesaian. Semua ini satu proses pendidikan di luar kuliah yang sangat berharga….” ujar En Izzat Hamdan, Penyelaras majlis ini dengan penuh semangat.

Dalam ucapan perasmian majlis ini, YBrs. Prof. Sabri Musa, Timbalan Naib Canselor (HEP) merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam pembangunan sahsiah mahasiswa tidak kira di fakulti, Kolej Kediaman dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sendiri. Usaha yang dilakukan sangat murni dan Universiti Malaya amat menghargai. Beliau turut menghargai usaha semua pihak yang menjayakan majlis ini dan berharap mahasiswa UM akan beroleh kejayaan dalam Anugerah Ikon Siswa yang dipertandingkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi setiap tahun.

Para pemenang Anugerah adalah seperti berikut :

Anugerah Perdana Siswa

Ahmad Faiz Bin Yazid

Anugerah Aktiviti Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

Pelajar Fakulti Pergigian Universiti

Anugerah Aktiviti Kepimpinan Pengucapan Awam

Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM)

Anugerah Aktiviti Wacana Intelek

Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA)

Anugerah Aktiviti Badan Pelajar Terbaik

Sekretariat Sukarelawan Universiti Malaya

Anugerah Aktiviti Pembangunan Kerjaya

Persatuan Ekonomi Universiti Malaya (PEKUMA)

Anugerah Kepimpinan Badan Pelajar Berdaftar

Ahmad Faiz Bin Yazid

Anugerah Kepimpinan Badan Beruniform

Muhamad Husaini Bin Hasnan

Anugerah Kepimpinan Kolej Kediaman

Muhammad Noor Akmal Bin Hussain

Anugerah Kempimpinan Sukarelawan (Kesejahteraan Komuniti)

Sharifah Zulaika binti Syed Abu Bakar

Anugerah Kempimpinan Sukarelawan (Alam Sekitar)

Muhammad Akmal bin Ahmad Faizul

Anugerah Kepimpinan Sukarelawan (Kemanusiaan)

Nur Alisa Fikriyah Binti Mohd Mulana

Anugerah Kepimpinan Sukan

Tan Siew Eng

Anugerah Kepimpinan Seni

Ahmad Syakir Bin Mohd Halili

Anugerah Kepimpinan Keusahawanan

Aisyah Maisarah Binti Abd Razak

Anugerah Khas Timbalan Naib Canselor (HEP)

Festival Konvokesyen Universiti Malaya (FESKUM)

Persatuan Mahasiswa Istimewa Universiti Malaya (PERMIUM)

Dr. Iskandar Bin Abdullah

Highlights