• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

JOHAN PERTANDINGAN DEBAT PERPADUAN KELUARGA MALAYSIA

13 Ogos 2022 - Pendebat Universiti Malaya dibawah Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) bimbingan En. Sharul Syafie Zariman, Jurulatih Debat Bahasa Melayu telah berjaya menamatkan pertandingan dengan merangkul kemenangan dan dinobatkan sebagai johan dalam salah satu pertandingan debat yang berprestij iaitu Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 dengan membawa pulang Geran Aktiviti SRN berjumlah RM20,000.00, wang tunai berjumlah RM5,000.00, Piala Pusingan, Trofi dan sijil. Pendebat Universiti Malaya berjaya menewaskan pesaing daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) dalam peringkat akhir yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Malaya juga diumumkan sebagai Juara Liga dalam pertandingan ini dengan memenangi lima (5) pertandingan pada peringkat awal pertandingan. Selain itu juga, salah seorang pendebat Universiti Malaya iaitu Muhammad Nadjwan Mohd Mayan telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Akhir Pertandingan Debat Perpaduan Keluarga Malaysia Piala Menteri Perpaduan Negara Tahun 2022 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000.00, Trofi, sijil dan telefon bimbit berjenama. Sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, pendebat Universiti Malaya berjaya menewaskan pendebat daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pada peringkat suku akhir dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada peringkat separuh akhir semalam.

Pendebat UM:
1) Muhammad Amirul Izwan Ismail, Tahun 2 Fakulti Ekonomi
2) Muhammad Nadjwan Mohd Mayan, Tahun 2 Fakulti Kejuruteraan (Pendebat Terbaik Akhir)
3) Ali Hydar Hafizi, Tahun 1 Fakulti Perubatan
4) Aiesya Salsabila Mohd Radzuan, Tahun 1 Fakulti Kejuruteraan

Universiti Malaya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pendebat Universiti Malaya.

#UMisOne

Highlights