• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

23 Oktober 2022 – Kejohanan Pertandingan Debat Diraja Antara Institut Pengajian Tinggi 2022 telah melabuhkan tirai pada 23 Oktober 2022 bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Dalam pertandingan tersebut, 3 pasukan daripada Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) telah dihantar bagi menyertai pertandingan melibatkan Kategori Utama Bahasa Melayu, Kategori Utama Bahasa Inggeris dan Kategori Muda Bahasa Melayu. Pasukan-pasukan tersebut dibawah bimbingan Profesor Madya Dr. Chandran Sumasundram, Jurulatih Debat Bahasa Inggeris bagi Kategori Utama Bahasa Inggeris dan dibawah bimbingan Encik Sharul Syafie Zariman, Jurulatih Debat Bahasa Melayu bagi Kategori Utama Bahasa Melayu dan Kategori Muda Bahasa Melayu.

Dalam Pertandingan tersebut, 2 daripada pasukan yang dihantar telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan iaitu pasukan yang terdiri daripada Kategori Utama Bahasa Inggeris dan Kategori Muda Bahasa Melayu. Pertandingan akhir bagi 2 pasukan tersebut telah berlangsung pada 22 Oktober 2022. Keputusan bagi pertandingan Kategori Muda Bahasa Melayu telah diumumkan pada 22 Oktober 2022 dengan pengiktirafan Naib Johan kepada pasukan Universiti Malaya setelah kecundang kepada pasukan lawan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pasukan ini telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,000.00, piala iringan dan sijil. Walau bagaimanapun, pendebat Universiti Malaya bagi Kategori Muda Bahasa Melayu iaitu Saudara Muhammad Nadjwan bin Mohd Mayan telah diumumkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan dan Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir. Manakala keputusan bagi pertandingan akhir Kategori Utama Bahasa Inggeris pula diumumkan pada 23 Oktober 2022 telah menobatkan pasukan Universiti Malaya sebagai Johan Pertandingan menewaskan pasukan lawan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM). Pasukan ini telah membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.00, piala dan sijil. Selain itu juga, pendebat UM iaitu Saudari Catherine Alicia Nathan telah dinobatkan sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan dan Saudara Danesh Ram Aggarwal A/L Shishi Kumar sebagai Pendebat Terbaik Pertandingan Akhir.

Jurulatih, Debat Bahasa Inggeris:

Profesor Madya Dr. Chandran Somasundram, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains

Pendebat Kategori Bahasa Inggeris (Utama):

1) Danesh Ram Aggarwal A/L Shishi Kumar, Fakulti Undang-Undang

2) Kuhan Karttikeyn A/L Ravichandran, Fakulti Undang-Undang

3) Catherine Alicia Nathan, Fakulti Undang-Undang

4) Muhyuddin Ahsan bin Sultan Askin, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Jurulatih, Debat Bahasa Melayu:

En. Sharul Syafie Zariman

Pendebat Kategori Bahasa Melayu (Muda):

1) Aiesya Salsabila binti Mohd Radzuan, Fakulti Kejuruteraan

2) Sufiatul Farzana binti Rashidi, Fakulti Kejuruteraan

3) Muhammad Nadjwan bin Mohd Mayan, Fakulti Sains

4) Zakwan Murshidi bin Mohamad Razif, Fakulti Kejuruteraan

Universiti Malaya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jurulatih dan semua pendebat Universiti Malaya.

#UMisOne

Highlights