• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

 Warga Kampus Universiti Malaya,

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0 kini dibuka untuk permohonan.

Inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0 bertujuan untuk menaja anak pertama dalam keluarga yang melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda) khususnya dalam kalangan B40. Melalui pelaksanaan Program Pembangunan Siswa Sulung 3.0, yuran pengajian ditaja sepenuhnya meliputi yuran berulang pada setiap semester dan yuran one-off yang dikenakan sekali sahaja sepanjang semester (kecuali yuran penginapan). Penawaran Program ini adalah bermula pada sesi akademik 2024/2025.


Antara syarat dan kriteria pemilihan adalah seperti di bawah:-


1.Terbuka kepada Pelajar baharu (Tahun Pertama Pengajian) Sesi 2024/2025 di peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda dan Warganegara sahaja;
2. Anak pertama dalam Keluarga yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda);

3. Bukan merupakan penerima Biasiswa penuh pengajian daripada mana-mana pihak;

4. Pemohon dari kalangan keluarga B40 yang berdaftar dengan eKasih (eKasih.icu.gov.my) diberikan keutamaan.

Pelajar yang memenuhi syarat dan kriteria bagi Program Sulung 3.0 ini dipelawa untuk mengemukakan permohonan di pautan https://shorturl.at/VczOe

Mulai 17 hingga 25 Oktober 2024 Jam 12.30 Tengah Hari. 

Highlights