• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Salam Sejahtera / السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 
Saudara/saudari,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Tunggakan Yuran Bagi Semester 1 Sesi 2023/2024 kini dibuka untuk permohonan.
 
Bantuan ini adalah khas untuk membantu pelajar-pelajar Universiti Malaya (Warganegara dan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda sahaja) yang memenuhi kriteria pemilihan seperti di bawah:-
1.    Terbuka Kepada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tempatan;
2.    Pendapatan Isi Rumah kurang daripada RM4,850.00 (B40);
3.    Pelajar tidak menerima mana-mana bantuan biasiswa/pinjaman ATAU pinjaman yang diberikan kurang dari RM4,000 satu semester dan
4.    Mempunyai tunggakan yuran pada semester semasa. 

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban bukan melangsaikan semua baki tunggakan. Bagi permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui email.
  
Pelajar yang berminat sila pohon melalui google form atau QR Code yang telah disediakan. 
(https://forms.gle/tp4BTWzon3YE2XdZA) 
 
TARIKH TUTUP PERMOHONAN INI ADALAH PADA 11.55 MALAM, 20 JANUARI 2024.
 
Sekiranya saudara/saudari mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, boleh hubungi kami di talian 03-7967 7750 atau melalui email srw@um.edu.my.
 
Sekian, terima kasih.

Highlights