• Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Industry Certification Engineering

Jun 28, 2022
12.00 AM - 12.00 AM

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga UM,

Sukacita dimaklumkan bahawa MARii melalui Jabatan Pembangunan Modal Insan (Pembuatan) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan meneruskan pelaksanaan Industry Certification Engineering – Digital Engineering Prototyping Programme (ICE-DEP Programme).

2. Program ini merupakan satu inisiatif untuk mentransformasikan graduan tempatan menjadi tenaga kerja yang kompeten sebagai jurutera/eksekutif/juruteknik dalam industri. Sasaran peserta adalah graduan Ijazah atau Diploma bidang kejuruteraan dari pelbagai latar belakang seperti Pembuatan, Mekanikal, Elektrik & Elektronik, Automotif, Mekatronik, Kimia dan Bahan.

3. Untuk makluman, program ini telah bermula pada Mac 2022 – Jun 2022 dengan jumlah 3 Kumpulan. Program akan diteruskan dengan kumpulan seterusnya pada 12 JULAI 2022 dengan sasaran 250 peserta.

4. Dilampirkan pautan untuk pendaftaran di dalam program dan juga poster program ini untuk rujukan.

Pautan pendaftaran pelajar: https://forms.gle/AzutLa84nBdMdxBBA

Poster: Sila rujuk lampiran poster

5. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pegawai MARii, Tengku Ariffudin di talian 017-905 2824 /tengku@marii.my atau En.Mustaqim di talian 011-2323 1664 /mustaqim@marii.my

Sekian, terima kasih dan salam hormat.

Highlights