• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC) Universiti Putra Malaysia (UPM) telah membangunkan Sistem iPPN bagi mengukur tahap patriotisme dan perpaduan di kalangan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT).

Pembangunan sistem ini adalah selaras dengan Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu mengukuhkan sistem sokongan pembelajaran. Sehubungan itu, semua PELAJAR TAHUN 3 SEMESTER 1 SESI 2024/2025 adalah DIWAJIBKAN untuk menjawab soal selidik yang terdapat di dalam sistem ini yang boleh diakses oleh pelajar dan pentadbir IPT seperti ketetapan berikut :

Tempoh sistem ditutup : 17 Januari 2025

Laman sesawang : https://ippn.mohe.gov.my

Merit : 10 merit diberikan untuk yang menjawab dan memuat naik sijil perakuan

Pelajar perlu menggunakan nombor kad pengenalan sebagai kata pengguna dan nombor matrik sebagai kata laluan untuk log masuk ke dalam sistem. Pelajar juga perlu mencetak sijil perakuan selesai menjawab soal selidik dan memuat naik sijil tersebut di dalam google form ini https://forms.gle/7C1o22ZZ9TJHLQRg6

Highlights