Pada 2 Januari 2025 yang lalu, SABK Maahad Al-Yahyawiyah, Perak telah berkunjung ke Universiti Malaya dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah menyantuni adik-adik ini.
Menurut Cikgu Nur Izzati, pelajar mereka cukup teruja untuk masuk ke Universiti Malaya dan ingin melihat sendiri keadaan pembelajaran di Universiti Terbaik di Malaysia. Sesi sambutan dimulakan dengan Taklimat Hal Ehwal Pelajar berkaitan kemudahan yang disediakan di sini untuk pelajar dan kehidupan di kampus. Pihak MASD juga turut berkongsi peluang dan kaedah untuk menyambung pengajian di UM serta kelayakan minima yang diperlukan.
Lawatan sekolah ini juga mendapat kerjasama Persatuan Mahasiswa Perak (PEMARAK) yang kali kedua menyambut lawatan sekolah dari Perak. Menurut Saudara Haziman, "...kami amat bangga dapat menyambut kehadiran Sekolah daripada Perak dan amat berharap mereka akan menyambung pengajian di sini. Peluang ini juga dapat memberi ruang jaringan kerja antara pihak kami dengan pihak sekolah..." ujar beliau dengan senyuman.
Selain taklimat HEP dan MASD, rombongan sekolah turut dibawa melawat Perpustakaan UM. Kemudian mereka dibawa melihat Dewan Tuanku Canselor dan bergambar kenangan di Emblem UM.
Semoga lawatan singkat ke UM memberikan semangat dan motivasi buat adik adik.
Syabas adik-adik!! Kita akan berjumpa lagi nanti!