• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

BANGSAR, 20 Mac 2025 – Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dan Kor SUKSIS Universiti Malaya telah Berjaya menganjurkan Majlis Sumbangan Aidilfitri 2025 kepada 200 mahasiswa Universiti Malaya yang terpilih hasil sumbangan Yayasan Prihatin Nasional (YPN) bertempat di Auditorium Universiti Malaya.

Sumbangan ini telah dirasmikan oleh Supt/KS Rozaini Abdul Rahim (Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar merangkap Timbalan Komandan Kor SUKSIS UM) dan turut dihadiri oleh YBhg Dato’ Aizuddin bin Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif YPN), Tuan Mohamad Azali bin Tuan Long ( Ketua Pegawai Operasi YPN).

Fokus sumbangan ini ialah sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap usaha Mahasiswa Universiti Malaya dalam menuntut ilmu dan titik permulaan satu langkah kepada beribu langkah kehadapan dalam hubungan kerjasama antara Yayasan Prihatin Nasional dengan Kor SUKSIS Universiti Malaya.

Pegawai Kehormat yang turut terlibat ialah DSP/KS Mohd Hairolnezam Kahmis (Ajutan Kor SUKSIS UM), INSP. Sayuti Mohammad (Inspektor Kor SUKSIS Induk UM), Barisan jurulatih dan Pelatih Kor SUKSIS Universiti Malaya.

Pada majlis tersebut Yayasan Prihatin Nasional juga telah mengumumkan memberi sumbangan kepada Kor SUKSIS Universiti Malaya sebanyak RM 2,000.00. Pengumuman telah disampaikan oleh YBhg Dato’ Aizuddin bin Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif YPN).


Highlights