Pada 3 Januari 2025 lalu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya telah menyantuni lawatan SMK Seri Pulai Perdana, Johor. Rombongan sekolah ini diketuai oleh Cikgu Youslina Binti Md Yusof, Alumni UM dan pernah belajar di Fakulti Sains. Seramai 40 orang pelajar dan 4 orang guru telah bersama dalam lawatan sekolah ke Kuala Lumpur selama 2 hari.
Dalam ucapannya, Cikgu Youslina berharap agar lawatan ini membuka mata anak didiknya bahawa penting untuk mempunyai cita-cita melanjutkan pengajian ke Universiti khususnya di UM. "..UM adalah universiti terbaik di Malaysia dan saya harap anak didik saya dapat sambung belajar di sini sama seperti saya..." ujarnya juga seorang pelajar yang aktif di Kolej ASTAR sebelum ini.
Lawatan dimulakan dengan Taklimat HEP berkaitan kemudahan dan fasiliti yang disediakan untuk pelajar di samping aktiviti pembangunan sahsiah yang dapat dikembangkan di kampus. Taklimat MASD pula menerangkan kaedah dan peluang melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang di UM serta kelayakan akademik yang diperlukan.
Rombongan sekolah turut dibawa ke Pusat Asasi Sains untuk melihat sendiri kelas dan kemudahan yang ada di kampus termasuk kehidupan pembelajaran seorang pelajar dan bidang yang ditawarkan di sana. Lawatan sekolah juga kemudian dibawa ke Dewan Tuanku Canselor dan bergambar kenangan di emblem UM.
Lawatan sekolah ini diselaraskan bersama Persatuan Mahasiswa Johor (PEMASHOR). Menurut Saudara Mazlan, Presiden PEMASHOR, "....kami sangat gembira dapat menyambut lawatan sekolah ini dan memperkenalkan UM kepada adik-adik di sekolah ini. Kami berharap hubungan berterusan dapat dijalinkan bersama sekolah terutama berkaitan pendidikan...".
Semoga pengalaman berada di UM menimbulkan semangat membara untuk mereka menyambung pengajian di sini. Syabas!