TAHNIAH DAN SYABAS!!
Pada Disember lalu, satu kumpulan bernama UM is One telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan Redesign City of Shah Alam Using AR on IPad Challenge sempena Selangor Education Summit (SES) 2024 bertempat di Setia City Conevention Center. 4 pelajar tahun pertama dalam pengajian dalam bioteknologi, fakulti sains itu memenangi hadiah utama bernilai RM6000. Mereka adalah :
1. SDR. JAMES LEONG JIN HUI
2. SDR. VINCENT CHAN WEN SHENG
3. SDR. AMOS YAP WEI KANG
4. SDR. POH KAI XIN
5. DR. SARMILA (ADVISOR)
Kumpulan itu mempersembahkan projek mereka iaitu Shah Alam Green Avenue(SAGA) yang menyasarkan untuk mereka bentuk semula Shah Alam dengan menyelesaikan isu berkaitan banjir dan kesesakan trafik di Shah Alam. Terima kasih kepada Apple Professional Learning Malaysia kerana mengajar kami dalam proses membina AR model sepanjang pertandingan berlangsung.
Kejayaan mereka membanggakan Universiti Malaya. !