TAHNIAH GRADUAN UNIVERSITI MALAYA! 🎉🎓
Anda adalah bukti keunggulan dan kecemerlangan UM!
Dengan Kadar Bekerja Graduan (GE) 94.4% dan Kadar Kebolehpasaran Graduan (GM) 92.7% bagi graduan warganegara tahun 2024, pencapaian ini membuktikan bahawa graduan Universiti Malaya (UM) terus cemerlang dan diyakini oleh industri.
Ini bukan sekadar angka, ia adalah cerminan usaha gigih anda, dedikasi para pensyarah, dan sokongan seluruh warga Universiti Malaya.
Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya (GECC), Portfolio Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada seluruh warga UM di atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Sistem Kajian Pengesanan Graduan (SKPG) tahun 2024 yang telah melabuhkan tirainya pada 24 Februari 2025.
Terus melangkah maju, membawa nama UM dengan penuh kebanggaan!