• Welcome to Student Affairs Department
  • hep@um.edu.my
  • 03-79673506
logo
logo

13 Oktober 2022 - Pendebat Bahasa Inggeris Universiti Malaya, Majlis Orator Universiti Malaya (MORUM) dibawah bimbingan Profesor Madya Dr. Chandran Somasundram, Jurulatih Debat Bahasa Inggeris telah berjaya mebawa nama Universiti Malaya dan Malaysia secara umumnya menamatkan pertandingan dengan merangkul kemenangan dan dinobatkan sebagai johan bagi pertandingan ‘ASEAN YOUTH DEBATE 2022’ di Cambodia. Pertandingan ini merupakan anjuran Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Cambodia, selaku wakil kebangsaan bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN dan disertai 10 wakil daripada negara ASEAN. Pendebat Universiti Malaya berjaya menewaskan pesaing yang mewakili pasukan Cambodia dalam peringkat akhir yang berlangsung di The Many Centre, Phnom Penh, Cambodia. Universiti Malaya juga diumumkan sebagai pemenang bagi ‘Best Content Awards’ dan salah seorang pendebat Universiti Malaya iaitu Melveer Jay Singh Anajee Singh telah dinobatkan sebagai ‘Best Speaker Finals Awards’ bagi pertandingan tersebut. 

Jurulatih:
Profesor Madya Dr. Chandran Somasundram, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains

Pendebat UM:

1) Melveer Jay Singh A/L Anajee Singh, Tahun 3, Fakulti Undang-Undang

2) Kuhan Karttikeyn A/L Ravichandran, Tahun 3, Fakulti Undang-Undang

3) Catherine Alicia Nathan, Tahun 3, Fakulti Undang-Undang

4) Then Khai Yang, Tahun 2, Fakulti Sains

5) Muhyuddin Ahsan bin Sultan Askin, Tahun 2, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Universiti Malaya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jurulatih dan semua pendebat Universiti Malaya.

#UMisOne

Highlights